25 June 2008

kUrSuS KeUsAhAwAnAn


bermule dr 15hb jun 08 - 20 jun 08..pelajar2 jordan dijemput tukmenghadiri ke program keusahawanan anjuran jpt...ni tuk sesi yg kedua pade sape2 yg tak pg mase sesi pertame ritu..aku xpg yg pertame tu sbb balik msia..jd xkn la nk g kan...
mybe tulah hikmah die...lau yg pertame tu wt kat jamiah aku je..yg kedua ni..seminggu aku kat hotel maraya ngn palmyra..bestnye..
mule2 aku g ni sbb nk abiskan mase cuti ngn mendapat sekeping sijil je..tgk2 sedap lak..sbb pensyarah tu semua yg handal2 la..yg handal sekali tu dari n9 la..hehe..name die prof salleh..mmg best lah program ni..mmg terbuka la minda tu tuk jd bisnesman and xde la nk duk bawah org jekan bile dah de kerjaye ntkan..kene gak sekali join advanturekan..hehe...
aku mmg suke la program ni..lau leh nk je ade lagi progrm sebegini yg xdelah wt aku kaku je..sbb die ade keje dlm kumpulan ..
kami disuruh tuk menyiapkan RP (rancangan perniagaan)bukan PR ye mcm sorg kawan kite tu syik ngulang tu je..komfiden lak tu...hehe..

aku kumpulan satu yg dinaungi oleh :

-shahril ahmad sbgai ceo die tu


-emieza sbgai timbalan die


-aku sbgai ketua pemasaran die tu


-inari lak sbgai penolong aku lakan


-fudhail die sbgai ketua teknikal


-kak mida..ha die tu timbalan diela


-syihub keje die akaun je sbb die amik eko kat irbid


-sorg lagi name die aku lupe la..sori ye..die timbalan syihub


kami wat restoran international la...name die musalmah manis..mmg byk la idea tukan..

letih gak...sampai tak tido pun ade...tp puas gaklah wlupun xmenang dpt tmpt ke4 pun dah kire dlm top 5 lg..hehe

kenangan ni xkan aku lupekanlah...mmg bestlah...sbb hotel kot..hehe
xlah...sbb ilmu die...hehe (poyo la pulak..hehe)

Read more...

06 June 2008

PaNtUn ZaMaN KiNi

best gak pantun2 cmni kadang2.sebab leh gelak2 sikit...nt jiwa pun lapangkan..
tp lau cmni slu ..pupus lak cendiakawan pantun kite yg sastera tu..hehe..
amik jernih buang yg keruh...hehe

1. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kereta pun boleh undur,
terlajak kapal terbang takde gear
reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita
kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga
lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun &
syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang,
isteri mati meninggalkan gelang, suami
mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain
kali jangan suruh suami beli gelang
secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut
juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi
(gosok, jangan tak gosok tau)

Read more...

05 June 2008

KrOnOlOgi SeJaRaH JoRdAn


Kawasan ini pernah melalui zaman kerajaan Mesir,
asySyria, Babylon, Parsi, Macedonia, Rom, Bizantium,
Arab, Mamluk dan Turki. Menjadi tarikan dan
perhatian Kublai Khan cucu kepada Genghis Khan untuk
Empayar Mongol, juga diminati oleh Napoleon Bonaparte
dan Adolf Hitler. Merupakan laluan alternatif perdagangan
sutera,rempah dan lain- lain ke Mediterranian selain dari
Laut Merah. Petra, Amman dan Jerash semuanya merupakan
kawasan perhentian utama perdagangan sejak zaman silam.

Petra pada awalnya di bawah kekuasaan Rom namun sebaik Rom
kalah, ia dikuasai oleh kerajaan Bizantium. Seterusnya Jordan terus
dikuasai oleh keturunan Bizantium di situ, puak Ghassan sebelum
ditakluki Islam pada kurun ke 7 Masihi dan akhirnya menjadi kawasan
di bawah Empayar Islam Turki. Dipanggil Transjordan pada tahun 1919.
Wujud lepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah 1924 dan selepas Perang Dunia I.
Pada awal penubuhannya, Jordan hanya dihuni oleh puak-puak asal
tempatan yang menghuni padang-padang pasir. Kemudian berlaku
perluasan
penduduk selepas kedatangan pelarian Palestin menjelang perang tahun 1948
dan1967.

9000 SM
- Pendudukan pertama di Tebing Barat di Sungai Jordan.
Peralatan
batu untuk manusia zaman awal ditemui di Pella, utara Jordan
3000-1550SM
- Zaman Gangsa Awal : Amorites & bangsa Kana’an ( iaitu
dengan penjelajahan Nabi Ibrahim ) tiba di Jordan

1280 SM
- Nabi Musa membawa Bani Israel keluar dari Mesir ke arah
Palestin dan 40 tahun kemudian mereka tinggal di Timur Sungai Jordan

1225 SM
- Nabi Yusya’ menawan Jericho. Palestin diagihkan di kalangan 12
puak bangsa Israel

1000 SM
- Nabi Daud menjadi Raja Bangsa Israel, dia menawan
Jerusalem dan menjadikannya sebagai pusat pemerintahan

960-922 SM - Pemerintahan Nabi Sulaiman. Jajahan takluknya
diperluaskan
melalui perjanjian dan perkahwinan. Baginda mendirikan Masjidil Aqsa di
Jerusalem.
Sewaktu kewafatannya, kerajaannya di sebelah selatan dikuasai oleh Judah dan
sebelah Utara oleh bangsa Israel.

722 SM - Kerajaan AsySyria di bawah pimpinan Sargon II memusnahkan
Kerajaan Israel dan menggantikan penduduknya dengan penduduk Syria dan
Babylon

612 SM
- Tentera Babylon di bawah pimpinan Raja Medes menawan
Nineveh,
ibu kota AsySyria.

597-587 SM
- Jerusalem, Jordan dan Palestin jatuh ke tangan
Raja Babylon, Nebuchadnezzar.

538 SM - Nabatean mewujudkan kerajaannya yang
bertapak di Petra.

332-1 SM - Iskandar Agung menguasai Syria, Palestin dan Mesir.
323 SM - Iskandar mati dan jajahan takluknya terpisah. Ptolemy I
mengambil
alih Mesir dan sebahagian Syria, manakala Seleucus mengambil alih
Babylon.

198 SM - Tentera Seleucid di bawah Antiochus III mengalahkan tentera
Ptolemy I dan mengambil semua jajahan takluk Ptolemy I

188 SM
- Antiochus III dikalahkan oleh tentera Rom, dan semua
kerajaannya
di ambil alih oleh Empayar Rom

170 SM
- Antichous IV menceroboh Jerusalem

167 SM
- Kaum Yahudi memberontak di bawah pimpinan Judas
Maccabeus

64 SM
- Damsyiq jatuh pada tentera Rom di Pompei. Palestin pula pada
63 SM
lalu diberikan nama baru Judaea.

63 SM-106 M - Decapolis atau Liga 10 Kota dibentuk di sekitar kawasan
tersebut

40 SM
- Raja Parthian dari Persia dan Mesopotamia menyerang
Decapolis,dan
Mark Anthony memimpin tentera untuk menangkis semula serangan
tersebut.

37 SM - Herod Agung diumumkan sebagai Raja Israel. Rumah ibadat dibina
semula di Jerusalem.

4 SM – 39 M
- Kehidupan Nabi Isa

66 M - Yahudi memberontak menentang kerajaan Rom
106 M
- Kerajaan Nabatean bekerjasama dengan kerajaan Rom

325 M - Konstantine, Maharaja Bizantium telah memeluk ajaran Kristian
525-565 M - Zaman pemerintahan Maharaja Justin. Gereja-gereja mula
dibina di tempat-tempat suci agama Kristian.

629 M
- Kristian dan Muslim berperang buat kali pertama berdekatan Karak.
Nabi Muhammad mengambil alih Makkah.

638 M - Jerusalem jatuh ke tangan orang Islam di bawah pimpinan

Sayyidina
Umar al-Khattab

642 M
- Orang Islam menguasai Mesir

658 M
- Kerajaan Umayyah diasaskan di Damsyiq. Zaman kegemilangan dalam
kesenian dan senibina.

750 M
- Kerajaan Umayyah digulingkan oleh Kerajaan Abbasiyyah, yang
memindahkan pusat pentadbiran tika itu ke Baghdad.

1095 M
- Pope Urban II melancarkan perang Salib pertama untuk mengambil
alih Jerusalem dari orang Islam

1099 M
- Tentera Salib membina kerajaan di Jerusalem dan mula membina
kota-kota di Jordan dan Syria.

1250 M - Kerajaan Mamluk mengambil alih kuasa di Mesir. Dalam tempoh
yang sekejap, mereka menguasai dari Mesir ke Syria.

1516 M
- Syria dan Palestin diserap di bawah kerajaan Othmaniyyah

1901 M
- Dana Kebangsaan Yahudi diwujudkan untuk membeli tanah Arab untuk
penempatan Yahudi.

909 M
- Kaum Muda Turki melaksanakan pemberontakan di Istanbul lalu
mencetuskan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat di bawah
Empayar Othmaniyyah.

1914-1918 M
- Perang Dunia I. Empayar Othmaniyyah menyebelahi Jerman.

1916 M
- Pemberontakan Arab. Gerakan Kebangsaan Arab, di bawah pimpinan
Amir Faisal yang kemudiannya bergabung dengan British untuk mengeluarkan
Turki Othmaniyyah.

1917 M
- Pasukan tentera British mula menduduki Jerusalem dan Aqabah.

1920 M
- Persidangan San Remo mengesahkan perjanjian Sykes-Picot yang
diputuskan secara rahsia, yang menafikan Arab sebagai sebuah negeri yang
merdeka di samping memberikan British mandat untuk memerintah Palestin
manakala Perancis pula diberi kuasa memerintah Syria dan Lubnan.

1923 M
- British mengiktiraf kemerdekaan Transjordan di bawah perlindungannya
dengan menjadikan Abdullah, adik Faisal sebagai raja. Pasukan Tentera Arab
telah dibentuk di bawah kendalian pegawai British, J.B Glubb ( Glubb Pasha )

1930 M
- Sekelompok besar orang-orang Yahudi yang melarikan diri dari Nazi
tiba di Palestin dan mencetuskan kekecohan

1939-1945 M - Perang Dunia II. Jordan menawarkan tenteranya untuk membantu
Tentera Bersekutu

1946 M - Britain menyerah kuasanya dan Transjordan menjadi negara monarki
yang merdeka.

1947 M
- Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB ) mencadangkan
agar Palestin dipecahkan. Lalu Kerajaan Hasyimiyyah Jordan dibentuk.

1948 M
- Kuasa Britain di Palestin tamat. Negara Israel diwujudkan. Perang
Arab-Israel bermula sebaik pasukan tentera British yang terakhir meninggalkan
kawasan tersebut.

1950 M
- Raja Abdullah secara rasmi menggabungkan Semenanjung Gaza, Tebing
Barat dan Timur Jerusalem ke kerajaannya.

1951 M
- Raja Abdullah dibunuh dengan kejam di Masjid al-Aqsa di Jerusalem

1952 M - Hussein ditabalkan sebagai raja ketika berusia 17 tahun setelah kematian
bapanya. Talal diisytiharkan sebagai sakit mental.

1955 M
- Jordan menjadi ahli PBB. Mesir mengisytiharkan Terusan Suez sebagai
laluan kebangsaannya.

1960 M
- Kerajaan Iraq digulingkan. Orang-orang Palestin dengan sokongan Mesir
cuba menyingkirkan Raja Husein.

1964 M
- PLO dan al-Fatah ditubuhkan di Palestin.

1967 M
- Perang 6 Hari antara Israel dan tentera Arab menyebabkan Jordan turut
terjejas. Jerusalem dan Tebing Barat gagal dipertahankan.

1969 M - Yasser Arafat dipilih sebagai Pengerusi PLO. Tentangan terhadap Israel
semangkin meningkat.

1970 M
- Raja Husein menyekat pengaruh PLO yang semakin kuat sehingga
mencetuskan Tragedi ‘Black September’. Perang saudara antara penduduk
tempatan berbangsa Palestin dengan kerajaan menyebabkan PLO terpaksa beralah.

1974 M - Raja Husein akhirnya mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya perwakilan
untuk bangsa Palestin.

1980 M - Jordan menyokong Iraq dalam perang menentang Iran selama 8 tahun
manakala Syria menyokong Iran

1988 M
- Raja Husein berputus asa dalam tuntutan hak dan pentadbiran terhadap
Jerusalem dan Tebing Barat

1989 M
- Harga barang makanan asasi meningkat mendadak sebagaimana yang
ditetapkan oleh IMF sebagai satu Pelan Pemulihan Ekonomi Jordan. Tunjuk
perasaan terhadap harga gandum tercetus. 11 jiwa terkorban di Ma’an, tenggara
Petra yang merupakan kubu utama tunjuk perasaan ini.

1990 M
- Iraq menakluki Kuwait pada bulan Ogos. Sebahagian besar penduduk
Jordan menyokong Iraq. 300,000 rakyat Palestin yang dihalau keluar dari Arab
Saudi dan Iraq tiba di Jordan.

1992 M
- Perundingan damai Israel-Palestin bermula di Madrid. Undang-undang

mengiktiraf semua parti politik diwartakan di Jordan.

1993 M
- Pilihanraya demokratik pelbagai parti kali pertama di Jordan diadakan
sebaik sahaja Palestin mengumumkan perjanjian damainya dengan Israel.

1994 M
- Jordan dan Israel mengikat perjanjian damai.

1997 M
- Pilihanraya Parlimen mencetuskan penguasaan puak selepas 10 parti
pembangkang memboikot pilihanraya lanjutan dari tekanan kerajaan terhadap
kebebasan rakyat. Anggota Mossad Israel cuba membunuh pemimpin HAMAS di
Amman yang menyebabkan hubungan antara Jordan dan Israel terhenti.

1998 M - Raja Husein berangkat ke US untuk menjalani pembedahan kedua untuk
rawatan kanser ( kali pertama pada 1992 ). Perjanjian damai antara Yasser Arafat
dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berlangsung.

1999 M
- Raja Husein meninggal akibat kanser tidak berapa lama selepas
mencalonkan anak sulungnya, Abdullah sebagai penggantinya yang mengambil
tempat adiknya Hassan sebagai Putera Mahkota selama 33 tahun sebelum itu.
Abdullah ditabalkan sebagai Raja Abdullah II sehingga ke hari ini.

- Politi
k
Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi
dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui
pilihanraya yang diadakan. Walaubagaimanapun pelantikan Perdana Menteri terletak
di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang
emerintah ialah Hizbul Watani atau Parti Negara manakala parti pembangkang
adalah Hizbul Islami atau Parti Islam atau Parti Pekerja Islam.

- Nama Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yg bermaksud kekuatan
dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari
keturunan Nabi Nuh a.s.

- Kedudukan Geografi
Barat Daya Asia , 290 11' - 330 22' Utara dan 340 59'
- 390 18' Timur , seluas : 92 300 km2

-Topografi
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan.
Laut Mati dan Wadi Araba. Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia
menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut. Menuju
ke Timur, ketinggiannay semakin bertambah dari Utara ke Selatan dengan
direntasi aliran sungai dan lembah. Puncak tertinggi di Jordn adalah gungung
UMM ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter.
Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 KM. Kawasan timur Jordan yang
gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam.

- Iklim
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk
di musim dingin. Iklim mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim
panas yg sederhana dan musim dingin yang sejuk. Manakala kawasan ghawr
adalah terlalu panas semasa musim panas dan sederhana panas sewaktu musim
dingin. Purata suhu dalam bulan Januari di Amman, Irbid dan Aqabah adalah 7.3, 8.5
dan 16.1 oC secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7, 24.7
dan 31.2 oc pada bulan Julai. Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di
Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah.
Jordan juga mengalami
perubahan 4 musim ;
Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos (6,7,8)
Musim Luruh antara bulan September hingga November (9,10,11)
Musim sejuk
antara bulan Disember hingga Februari (12,1,2)
Musim bunga antara bulan Mac
hingga Mei (3,4,5)

- Tumbuhan semulajadi tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di
kawasan Timur Jordan manakala hutan, pokok oak dan pine tumbuh di kawasan
berbukit terutamanya di Utara Jordan.

- Populasi 5 759 732 orang penduduk ( statistik Julai 2005 )
- Bahasa
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama
- Agama 92 % penduduk Muslim Sunni, 6 % Kristian , 2 % agama lain
seperti Druz

-Bandar Utama
Amman sebagai ibu negara, Irbid di Utara Jordan, az-Zarqa'
- Ekonomi Pada permulaan penubuhan, kerajaan Jordan bergantung kepada
dua sumber ekonomi :
- Sumber di dalam negara seperti cukai, hasil-
dan sebagainya.
- Sumber luar iaitu daripada bantuan dan pinjaman luar.
Menjelang 70-an, Jordan telah mengembangkan sektor-sektor lain seperti pertanian, perdagangan dan perindustrian. Kegiatan perdagangan Jordan meliputi import
bahan makanan, petrol dan bahan galian manakala eksport pula adalah fosfat,
minyak zaitun, karpet,simen, barangan kulit, buah-buahan dan sayuran. Sektor
pertanian pula adalah yang terpenting dan menjadi antara mata pencarian
keluarga yang utama di sini. Lebih daripada 40 peratus penduduknya terlibat
dengan sektor pertanian. Sistem yang digunakan kini telah banyak berubah setelah
kemasukan teknologi pertanian moden dan menghasilkan pulangan yang lebih
lumayan. Hasil utama adalah gandum,sekoi,sayur-sayuran dan
buah-buahan Mediterranean. Kawasan utama pertanian adalah Aghwar.

- Perbezaan waktu dengan Malaysia Perbezaan waktu dengan Malaysia pada
musim panas ialah lewat 5 jam manakala pada musim dingin, perbezaan itu
menjadi lewat 6 jam berbanding Malaysia.

- Matawang Jordan
Matawang Jordan ialah Dinar (JOD / JD). Ia boleh dikategorikan
kepada :
1) Wang Kertas Wang kertas terdiri daripada JD 1, 5, 10, 20, 50, 100. Wang
kertas JD100 jarang digunakan. Menjadi kebiasaan jual beli di pasar-pasar, Dinar
disebut Lira kerana terpengaruh kepada sebutan matawang Turki iaitu Lira.

2) Wang Syiling
Wang syiling pula ialah JD 0.010 (1 qirsy), 0.050 (biasa di sebut
'syiling'), 0.100, 0.250, 0.500. Sebelum ini wujud JD 1 dalam bentuk syiling tetapi
dimansuhkan penggunaan tersebut kerana kemaslahatan dan juga keselamatan
dalam urusniaga. Nilai terkecil matawang Jordan ialah fills. Istilah ini jarang
digunakan oleh
penduduk setempat tetapi mereka kerap malah biasa menggunakan 'Qirsy'.
Namun demikian, bukan istilah yang janggal sekiranya mahasiswa Malaysia
menggunakan istilah asal iaitu 'Fills'.

3) Kadar matawang 1 Qirsy = 10 fills 10 Qurusy = 100 fills 100 Qurusy
= 1000 fills = JD 1

4) Kadar pertukaran matawang antarabangsa USD 100 = JD 70.800
(menurut pertukaran semasa)

- Makanan di Jordan
Makanan asasi adalah roti yang dimakan dengan
keju dan buah zaitun atau minyak zaitun dan za'tar serta humus. Makanan
tradisional ialah mansaf iaitu susu kambing dimasak bersama yogurt. Selain
itu, Maqlubah iaitu nasi yang ditanak dengan resepi khas berlaukkan ayam.
Minuman tradisional pula ialah kopi pahit tanpa gula berperisa buah pelaga.
Bagi masyarakat di sini, kopi adalah lambang kemesraan. Mansaf juga
dihidang bersama teh yang diletakkan di teh tersebut daun pudina, ketika
tetamu berkunjung ke rumah.

Antara makanan lain ; - Falafil - kacang hijau dikisar dan digoreng umpama
kuih masalodeh di Malaysia
- Syawarma - umpama kebab di Malaysia -
Bamiya - sayur bendi dimasak dengan sos tomato

- Universiti utama di Jordan

1) Mu'tah University, Mu'tah
2) University of
Jordan, Amman

3) Yarmouk University, Irbid
4) Al al-Bayt University, Mafraq
5) Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid
6) Hashemite University, Zarqa'
7) Balqa' Applied University, Amman
8) Philadelphia University, Amman

Read more...

ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO