09 January 2010

KeKaLaHaN 1 PeRMuLaaN 2010

Ni aku nk update laju-laju ni sebelum tido..sebab sok aku nk pergi melawat Melaka Bandar bersejarah.. Hanya bermodalkan RM8 sahaja walaupun di Tv ade, tp mau gak tonton live depan pemain.

Tapi nasib xmenyebelahi N9 yang nampak Gah dengan penyokong yang ramai ( termasuk aku ) walaupun bertemankan apek ngn adek die pergi sana..kalah tetap kalah. Nampak permulaan yang hambar gile, pastu banyak percubaan yang disia-siakan N9, terutama kat brader jersi no6 tu..dah nasib kot. Selangor hanya cube 2,3 kali je dah buahkan hasil ( dah menang pun ) Nasib la mak aku orang Selangor..haha..

CADANGAN aku, pasni klu ade men best2, jangan wat kat stadium Paroi, aku rase kat situ macam suwey sikit kot tuk N9 ni..lawan sini je mesti kalah..mungkin depan tu masjid, bawah tu Kubur..tu yang wat Suwey je... walau apepun menang kalah adat permainan, xde masalahlah kalah ke ape janji main...dan klu korang menang ke kalah pun..xturun pun gaji korang tu yang xberia men tu..haha.. cubo laie jang yo..
post signature

Read more...

03 January 2010

PeMeRGiaN YG Tak Di DuGa

Sebenarnya pada hari Jumaat baru ni, aku ingin mengupdate blog aku dengan NOSTALGIA 2009 sebelum menempuh 2010 yang mendatang, tetapi hasrat aku terbantut setelah mendapat satu call dari Izuan, masih tergiang-giang lagi apa yang diberitahu, hati terus tersentap dan menjadi sayu sangat. patutlah aku menerima satu miskol dari akak Dol. maklumlah, aku klu kat rumah xselalu berdampingan dengan Hp. jd selepas tu bertalu-talu org telefon aku bertanyakan kesahihan berita tersebut. Akhirnya berita tentang perginya Arwah abg kawan baik aku telah pergi meninggalkan kami dan ianya bukanlah satu gurauan yang dibuat main.


Aku dan Izuan bergegas pergi ke rumah beliau sehinggalah hari pengebumian pada esoknya ditempat beliau belajar dulu iaitu Pondok kesayangan kami, dan roh sudah selamat kembali ke dunia yang baru bersama orang-orang yang beriman. ( klu nk diceritakan rentetan ini sangat aku sayu, jd cukuplah sampai sini )

Aku kenal dengan arwah Muhammad ni, sejak aku darjah satu lagi, budi baik beliau, tidak berdendam, kesukaan beliau hampir boleh aku ketahui. Tapi hati kecil aku ini, macam tidak sanggup menerima kenyataan ini, bahawa Arwah yang masih muda ini telah pulang awal. Tidak sanggup aku melihat jenazah Arwah, akan terkenang kenangan yang tidak boleh diputar kembali saat indah itu. Macam tidak aku percaya bahawa yang pergi itu adalah beliau. Rasanya baru semalam kami bergurau, hari ini, beliau sudah kembali. Timbul disini satu keinsafan yang mendalam, bagaimana klu yang pergi itu adalah kita. Bagaimana kita dicabut nyawa. xkira tua atau muda, sekiranya tiba ajalnya. tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Semoga rohnya itu dicucuri RahmatMu Ya ALLAH, engkau berikanlah alam keduanya itu dengan keindahan dari taman-taman SyurgaMu itu Ya ALLAH. Amin.

Diharapakan keluarga ABDULLAH tabah di masa mendatang, jangan terlalu bersedih kerana Arwah sedang tersenyum di sana. Kuatkan Iman, inilah takdirMu Ya ALLAH.


" Setiap yang hidup, pasti akan menemui ajalnya, Maka apabila tiba masa ajalnya itu, ianya tidak akan terlewat dan terdahului masa "
post signature

Read more...

ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO