03 January 2010

PeMeRGiaN YG Tak Di DuGa

Sebenarnya pada hari Jumaat baru ni, aku ingin mengupdate blog aku dengan NOSTALGIA 2009 sebelum menempuh 2010 yang mendatang, tetapi hasrat aku terbantut setelah mendapat satu call dari Izuan, masih tergiang-giang lagi apa yang diberitahu, hati terus tersentap dan menjadi sayu sangat. patutlah aku menerima satu miskol dari akak Dol. maklumlah, aku klu kat rumah xselalu berdampingan dengan Hp. jd selepas tu bertalu-talu org telefon aku bertanyakan kesahihan berita tersebut. Akhirnya berita tentang perginya Arwah abg kawan baik aku telah pergi meninggalkan kami dan ianya bukanlah satu gurauan yang dibuat main.


Aku dan Izuan bergegas pergi ke rumah beliau sehinggalah hari pengebumian pada esoknya ditempat beliau belajar dulu iaitu Pondok kesayangan kami, dan roh sudah selamat kembali ke dunia yang baru bersama orang-orang yang beriman. ( klu nk diceritakan rentetan ini sangat aku sayu, jd cukuplah sampai sini )

Aku kenal dengan arwah Muhammad ni, sejak aku darjah satu lagi, budi baik beliau, tidak berdendam, kesukaan beliau hampir boleh aku ketahui. Tapi hati kecil aku ini, macam tidak sanggup menerima kenyataan ini, bahawa Arwah yang masih muda ini telah pulang awal. Tidak sanggup aku melihat jenazah Arwah, akan terkenang kenangan yang tidak boleh diputar kembali saat indah itu. Macam tidak aku percaya bahawa yang pergi itu adalah beliau. Rasanya baru semalam kami bergurau, hari ini, beliau sudah kembali. Timbul disini satu keinsafan yang mendalam, bagaimana klu yang pergi itu adalah kita. Bagaimana kita dicabut nyawa. xkira tua atau muda, sekiranya tiba ajalnya. tiada siapa yang dapat menghalangnya.

Semoga rohnya itu dicucuri RahmatMu Ya ALLAH, engkau berikanlah alam keduanya itu dengan keindahan dari taman-taman SyurgaMu itu Ya ALLAH. Amin.

Diharapakan keluarga ABDULLAH tabah di masa mendatang, jangan terlalu bersedih kerana Arwah sedang tersenyum di sana. Kuatkan Iman, inilah takdirMu Ya ALLAH.


" Setiap yang hidup, pasti akan menemui ajalnya, Maka apabila tiba masa ajalnya itu, ianya tidak akan terlewat dan terdahului masa "
post signature

3 comments:

Ren Sunday, January 03, 2010  

Takziah diucapkan.

anap_ilmi Sunday, January 03, 2010  

kami kat sini pun sama2 merasai pemergian beliaw.mcm meremang je bile dgr die dah tak ada tuh...baca entry kau neh lagi laaa..hurm, tu la.. aku pun fikir mcm kau jgk..cmne la klu yg pergi tu kite ehhh.. hurmmm - insaf mode -

::alifdalmim:: Sunday, January 03, 2010  

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..

kalo aku taw kebumikan dkt rembau..smpat lagik kot pecut dr PD..tak pe lah..takde rezeki..

Post a Comment


ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO