06 December 2008

KeLeBiHaN HaRi ArAfAh

Hari Arafah merupakan hari yang mempunanyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

  • Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

  • Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

  • Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu.....Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

dan lebih lagi klik sini

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

5 comments:

Ren Sunday, December 07, 2008  

Amin- semoga amalan kita semua diterima oleh- Nya dan semoga kita juga tidak Terlepas Pandang akan perkara- perkara yg mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

Bestnye kalo dpt g haji...

aiSyaLiciOus Sunday, December 07, 2008  

awak...too small la font..haha..ssh nak bace bg sya yg cket rabun nie..hahahahah...pape pon good info for others kan...thanx!!

hIrOsHiNaRi Sunday, December 07, 2008  

to janggel :pg la haji..mmg tak lupe sumur idup..hehe..
to aisya..
yeke kecik sgt..saje je nk suh pakai kanta makmal tu..hehe..tq to card raye..huhu

Post a Comment


ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO