Showing posts with label wOrLd ImAn. Show all posts
Showing posts with label wOrLd ImAn. Show all posts

18 December 2009

SaLaM MaAL HiJRaH 1431


Memori suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Tapi sekarang ni kalau kita mendengar ceramah-ceramah ustaz di masjid ke, surau ke mesti ada punya cogan kata ni " sekarang ni, istilah hijrah dari segi zatnya dah xde selepas penghijrahan Baginda dari Mekah ke kota Madinah, full stop. Jadi pendekatan sekarang lebih tertumpu pada perpindahan semangat dan azam baru kita sebagai umat Islam bagi mendalami maksud hijrah itu, maknawi barangkali mungkin..hehe, lebih sesuai kerana permulaan tahun baru Islamkan" ha, lebih kurang macam tulah, aku je olah bagi nampak cantik sikit..xkan nk berloghat gak kat sini..hehe

Jadi memandangkan tahun baru Islam yang disambut penuh kebaikan ni xmacam Kalendar Masihi, jadi apa azam kita masing-masing? yang pasti esok adalah lebih baik daripada hari ini, ye idak?hehe..aku ade banyak azam baru aku..tp yg pastinya xakan berubah jadi beruang punya..haha..yang pastinya semuanya baik..kite doalah sesame kita k..barulah azam masing2 tercapai..ha, jgn kedekut doa tuk kebahagian orang lain..sikit pun kita xkan rugi..ok

SELAMAT MENYAMBUT SALAM MAAL HIJRAH
post signature

Read more...

21 November 2009

iKhLaS

Alhamdulillah hari ni aku diberi keluangan masa lagi untuk berbicara dalam blog ni ha..xtau kenapa sari dua ni, aku xterpikir nk huha ke ape ke, tp macam nk lebih kepada kebaikan..mcm dalam citer nur kasih sebagai Aidil la pulak rasenye ni..hehe..

Apekah yang aku maksudkan dengan perkataan Ikhlas ni..erm, ikhlaslah penentu baik buruk amalan kita..kadang2 buat ibadat dengan riak pun, hangus pahala kita..jd paling penting kene tanamkan dalam diri kita ni niat IKHLAS kepada ALLAH yang Maha Agung ini. Sebenarnya bukan dalam perkara ibadat je, banyak perkara lagi. Dalam berkawan, dalam berniaga. semua memerlukan kepada keikhlasan. barulah berkat hidup kita.

sesetengah orang, die tidak memahami konsep Ikhlas ini, yang hanya bergantung kepada orang lain, bergantung sana sini. buat kerana hendak mendapatkan nama, buat kerana hendak dapatkan duit..sikit-sikit nk bergantung dengan orang. Tambahan pula, yang kaya memonopolikan golongan yang bawahan hanya mencapai kepuasan mereka. jadi membuatkan aku lebih tidak paham.. berkawan biarlah tanamkan sifat Ikhlas, menolong dengan Ikhlas tanpa meminta pembalasan..

Peganglah dengan satu pegangan..Ikhlaslah dalam melakukan amalan..Yakinlah bahawasanya, ALLAH yang Maha Kaya ini, akan menolong kita juga. klu lambat, mungkin ade hikmahnya disitu, mungkin ALLAH rindu mendengar doa kita, takuti nanti kita lupa diri..ingatlah berpegang dengan ALLAH, hidup kalian tidak akan menjadi sia-sia, tambahan pula dalam mencari rezeki yang halal. amin

renung-renungkan, dan selamat beramal..hehe
post signature

Read more...

20 November 2009

SeMbAhYaNg

Sekiranya masih sempat untuk menunaikan solat, ayuh mari kita menunaikan solat selagi masa kepunyaan kita. Realiti zaman sekarang, makin ramai manusia yang sudah melupakan adat dan hukum-hukum Islam, kerana berlandaskan hawa nafsu sebagai ikutan.


kenapa pentingnya solat, solat itu tiang agama, solat itu tiang agama, kenape ia tiang agama? klu runtuhlah satu tiang, berkemungkinan robohlah sebuah rumah walau sekecil mana pun. apakah fungsi solat? sesungguhnya solat itu yang akan mencegah seseorang itu untuk melakukan keburukan dan kemungkaran..sebab itulah ianya dinamakan kepala kepada semua ibadat.

adakah dengan tidak dapat menghindarkan melakukan maksiat terus meninggal solat, adalah salah tanggapan sedemikian, mungkin berlaku kecacatan di dalam melakukan solat..tp bukannya untuk ditinggalkan.

klu kita perhatikan kita sebagai umat akhir zaman ini, ramai orang yang hanya mengganggap ianya sebagai satu kewajipan yang wajib untuk dilakukan sahaja. sekiranya demikian, sembahyangnya itu seolah-olah hanya mencukupi syarat dan sah dipandangan umum tanpa memasukkan elemen taat, sabar, khusyuk di dalam melakukan solat. Adakah ini sahaja tujuan disyariatkan solat.

Adalah yang lebih malangnya lagi, bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan tidak sedikit pun serba salah akan kewajipan yang patut dan wajib dilakukan. Tidak ada raut wajah yang hampa sekiranya waktu solat itu telah lepas, qada ke atasnya membuatkan mereka jahil akan kewajipan tersebut. Apakah puncanya? kenapa seharusnya berlaku perkara yang demikian? dimanakah harus diterapkan sifat bersolat ini? adakah kita tidak rasa serba salah meninggalkan solat?arrgh, inilah umat akhir zaman yang dipendekkan umur, supaya tidak terlalu banyak menambah beratkan neraca dosa. Ya ALLAH, ampunilah dosa kami Ya ALLAH.

Kenapa susah nk faham nak buku ni? kenapa apa yang dibaca ni asyik lupa je? kenapalah keputusan xbagus je ni? kenapa dan kenapa? lalu mempertikaikan apa yang ALLAH telah diberikan tetapi tidak langsung mempertikai apa yang kita telah lakukan.

setitik demi setitik titik-titik hitam melekat ke dalam hati yang suci bersih, apabila sudah hitam, jadi payahlah mendapatkan sinarnya kembali. sebab itulah semua yang dilakukan serba tidak jadi. Apakah penawarnya? solat, berdoa, berzikir, meminta keampunan, melakukan kebaikan...

Apabila sudah malas mengadap Tuhan yang Maha Esa ini, bilakah masanya kita berdoa, bilakah masanya kita menunaikan Hak ALLAH..jadi sepatutnya kita bukanlah menyalahkan, tapi dipersalahkan.

ayuhlah bersama-sama memberi peringatan kepada adik-adik, abang-abang, pakcik makcik, sadare-mara, kawan-kawan betapa pentingnya solat itu. kerana solat itu tiang agama.

" SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN "

amatlah perit dan kesalnya pabila masa itu sudah pergi tanpa meninggalkan sedikit pun amalan walaupun sebesar zarah, tetapi amat malangnya lagi sebeban dosa yang xlarat dipikulnya dibawa bekalan ke akhirat nanti..

tidak pandai berbicara, tetapi ingat- mengingati tanggungjawab bersama.
post signature

Read more...

24 June 2009

AhLan Ya ReJAb


harini 24 jun 2009 bersamaan 1 rejab 1430 hijrah merupakan langkah awal melatih kite memupuk semangat beribadah untuk menghampiri bulan ramadhan supaya kite melipat gandakan ibadah kita. tetapi tidaklah semestinya apabila nantikan rejab barulah hendak berbuat baik..xgitu? bulan rejab banyak kelebihannya dan" sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan org itu" . antara kelebihan bulan Rejab yang dijanjikan Allah pahalanya ialah :

  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
  • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

antara kelebihannya lagi :
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
    • Diampunkan dosanya yang lalu.
    • Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    • Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. klau aku tuliskan lagi kelebihannya..nescaya xkan abis kelebihannya..jadi amatlah rugi jikalau kita sia-siakannya dengan perkara yang lagho..jesteru itu, marilah kite menyemarakkan lagi bulan Rejab dengan amal ibadah disamping mengajak org lain turut menyemarakkannya.. amal untuk saham akhirat kita nanti, tidak merugikan kita jikalau susah dan letih..
post signature

Read more...

06 March 2009

MaULidUr RasUL S.A.W.

Lusa kite akan menyambut maulidur rasul , iaitu menyambut hari kelahiran Nabi junjungan kite Nabi Muhammad S.A.W ..Alhamdulillah kerana aku masih diberikan kesempatan untuk menyambut maulid pada tahun ini..harap2doa sampaikanlah aku pada setiap tahun untuk menyambut hari kelahiran baginda kita yg membawa agama islam..klu tidak,kita akan dilanda kejahilan..bersyukurlah kite dihidupkan didalam islam..walaupun ade digolongan wahabi yang menghalang perlakuan seperti menyambut hari kelahiran baginda..aku tetap aku menyambutnya..aweknye besdey xdolak org halang ke bidaah ke..ni Baginda kite sendiri..lebih aula bagiku untuk menyambutnye...pedulik orang kata..aku tetap aku..

jd marilah kite meriahkan hari maulidur rasul..klu sure heboh sampai berkuyup pun kite sanggup pergi..inikan pula hari paling besar dalam islam..jd marilah amik kesempatan ini untuk berkunjung ke tempat yang memperingati peristiwa kelahiran Baginda..klu yang xtau ke mane arah tempat nk pergi..tgklah iklan ini..moga same2 kite mengambil istifadah untuk bulan yang mulia ini..amin ya Rabb...


post signature

Read more...

13 January 2009

TaNdA HaRi QiAmAt

Esok ade exam Akidah Islamiah..jd klu waktu petang2 cmni aku mmg xleh nk stdy latension..sbb aku nk relax sikit otak aku ni..nt pas maghrib aku start la bace balikkan..klu aku wat post baru ni pun sbyk sedikit leh bantu aku tuk exam esok ape..sbb aku pun cite ni ade kene-mengene ngn aqidah yg aku nk exam esok..

ceritanye cmni..mase aku tengah ngulang­ buku td..aku ade bace tentang petande hari qiamat semakin hampir..hati aku pun berkate la nampaknye dah dekat da dunia ni nak qiamat ye..sempat ke aku nk wat amalan yg byk ni..

antara petande qiamat yg sedang direalisasikan :

KEJAHILAN YG BERLELUASA
klu kite tgk skrg ni..makin byk org yg jahil baik tentang ilmu dunia mahupun akhirat..sampai makan najis pun sanggup semate-mate mahu dapatkan duit dgn xperlu bekerja..

MAJLIS ZINA
yang ni lg la berleluasa..klu kat malaysia tu..berape banyak lambakan anak luar nikah..tu yg kantoi..yg jdikan lubang sampah,tandas tempat buangannye tu..belum kite tahu lgikan..
juga terdapat dlm keratan akhbar mengatakan ramai diantara gadis melayu yg rase bangge bg mereka yg sudah melakukan zina itu..

MINUM ARAK
yg ini mmg xdpt nk dinafikan..baik malaysia mahupun di tanah arab ni..mmg sudah terjerumus ngn minuman keras yg diharamkan islam ini..arak adalah ibu segala maksiat..mule2 minum arak,pastu merogol akhirnye membunuh..yg paling sadisnye..pernah sekali dipelawa minum arak..nasib baik la aku ni waras lg...



RAMAI PEREMPUAN,LELAKI MAKIN PUPUS
betul x,klu aku ckp skrg ni mmg da ramai perempuan dr lelakikan..jd xperlulah aku nk buktikan lg kan..

TINGGALKAN SOLAT
yg ni sbb berkaitan dgn semua ummat islamkan..jd samada semua melaksanakan solat ataupun tidak aku xbape nk pasti?jd dlm bab ni aku xnklah buruk sangke..jd ape pandangan yg tau?soal


MAKAN RIBA,RASUAH

ni sudah jd tabiat bg sesiapa yg mahukan kaya itu dtg sekelip mata tanpa byk usaha..ternyata skrg dimana2 kite berada mmg ade org yg makan riba mahupun rasuah..
cukuplah tahu ade bank yg bermuamalah berunsurkan riba..bukan sekadar ada..mmg ada pun..

BERBUNUH-BUNUHAN
yg ni..skrg klu tgk kat surat kabar kat malaysia tu..hari2 ade kes bunuh2kan..ni xmasuk lg yg
ape yahudi telah lakukan kat ummat islam diGAZAtakbole..memang masing2 sudah hilang pertimbangan kemanusiaannya itu..

ade lg,antara fitnah disebar dimerate-rate tempat,laknat-melaknat,perhias masjid yg membazir tp org xde pun..tulah antaranye petande hari qiamat..tanda2 itu pasti akan dtg...sbb hari qiamat itu pasti akan berlaku..xyah la nk lari ye..

brossemoralnye : hari qiamat itu pasti akan berlaku..akan ditimbang dipadang mashyar nt adalah buku amalan kite..jd amalan itulah yg kite kene tekankan skrg...semoga kite menjadi ahli syurga..amindoa

post signature

Read more...

07 January 2009

SeJaRaH HaRi AsYuRa

ingat nk tulis tajuk ni malam td tuk persediaan tuk ari ini iaitu hari ASYURA bersamaan 10 muharram 1430 kan..tp keadaan aku xmengizinkan sbb aku xberape nk sihat..jd ape slhnye arini tuk aku wat satu tajuk tentang info sejarah hari asyura ni kan.xslhkan?hehe Di sunatkan kite tuk berpuasa hari Asyura ini..kerana Baginda kite berpuasa hari Asyura ni sejak di Makkah lg..tetapi bg membezakan dgn org yahudi ini..kite disuruh berpuasa 9 dan 10 bg membezakan dgn mereka itu..kerana kite lebih utama lagi berpuasa drpd mereka..tetapi tidaklah kite diwajipkan sama sekali.sekadar menambah saham akhirat kitekan..[tiada paksaan dlm perkara sunat]


antara sejarah pada 10 muharram atau dinamakan Hari ASYURA :

amiklah kesempatan hari ini untuk berdoa untuk palestin yg sedang didalam ambang maut..disamping doa-doa kite yg lain..amin ya rab

Read more...

06 December 2008

KeLeBiHaN HaRi ArAfAh

Hari Arafah merupakan hari yang mempunanyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

  • Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

  • Daripada Sayyidatina 'Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.

- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

  • Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu.....Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.

- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-

dan lebih lagi klik sini

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Read more...

02 December 2008

KeLeBiHaN ZuLHiJJaH

pengetahuan ttg kelebihan hari2 dibulan ZULHIJJAH :

1 ZULHIJJAH
kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa
berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.
2 ZULHIJJAH
doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.
3 ZULHIJJAH
doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya
4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat
5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,

barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih
sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8 ZULHIJJAH,
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada har
i itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH
turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang
10 ZULHIJJAH
adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada

Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Read more...

18 November 2008

d U i T


kerana duit dunia kucar kacir,
kerana duit jugak,kuarge pecah belah..ayah tggl emak,anak tak mengaku emak sendiri,
kerana duit jugak,suami isteri bercerai-berai,putus tunang mahupun clash
kerane duit jugak,kawan makan kawan,kawan putus kawan..
kerana duit jugak,agama tergadai
kerana duit jugak,maruah turut tergadai..
kerana duit jugak,boleh membuatkan seseorg menjadi gile..
kerana duit jugak,semua hukum-hakam abis dilanggarnya..

oleh itu,jadikan la duit itu hamba pada kite bukan kite hamba pada duit..
klu kite xmengejar dunia..dunia yg akan mengejar kite...
gunekannye sebagai wasilah menuju keredhaan ALLAH...

Read more...

08 November 2008

rOda

hidup kite diibaratkan roda.kadang2 kite diatas dan kadang2 kite berada dibawah..

kadang2 kite berada di atas..kadang kite dibawah..wlupun roda itu tak bergerak lame mane pun..pasti suatu ari nt ia akan berputar jua...kerana ia adalah bulat..(melainkan kite gantung ke,klu tayar tu pancit ke..hehe)
maknenye wlu cmne kite hebat ke,mahupun kite berkedudukan untuk membuatkan org lain jatuh ke,atau pun kite memandang rendah org lain yg berada dibawah kite ke,atau juga kite mengenakan org ke,hasad mahupun dengki pada org ke..sudah pasti kite xkan selalunye kekal
pada kedudukan kite itu..kerana kehidupan ini bagaikan roda yg berpusing..rini mungkin ari kite..esok luse tulat kite belum tau lg adakah aritu sudah pasti menjadi milik kite bukan?oleh itu,sentiasalah menjage diri kite,menguruskan diri kite dahulu sebelum menyakiti org lain wlupun sedetik terpikir dihati..ALLAH itu maha adil..ingatlah sebelum terkena..kite xselalunye akan menjadi baik,kite juga xmungkin berkekalan dlm kefasiqan,kite juge xmungkin kekal dlm islam,kite juge xmungkin kekal dlm kekufuran,yg paling penting berdoakan kite menjdi golongan yg direstui ilahi dan sentiasa dlm kebaikan...moga2

Read more...

19 September 2008

PeNaNtiAn LaiLaTuL QaDaR

penuhi masa disini...

esok masuklah kite kpd bhgian ketige terakhir bulan ramadhan..iaitu fasa yg menjauhkan kite ke
dalam lembah durjana..jd esok merupakan 10 terakhir ramadhan,dimana 10 akhir ramadhan ni dinanti2kan
oleh para abid tuk mencari satu malam
dlm seribu malam iaitu malam LAILATUL QADAR namanya...
malam itu adalah mlm yg penuh berkat yg memakbul doa insan2 yg menghidupkan mlm itu..
..kelebihan malam itu sudah tidak dinafikannya lg.tetapi yg rumitnye adalah untuk mencari malam
yg lebih baik dri seribu bulan itu...macamanakah?bagaimanakah?
antara petande itu :

  1. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
  2. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
  3. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
  4. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
jesteru itu..ayuhlah bersame kite merebut kenikmatan malam tersebut,agar keimanan kite menjadi lebih teguh
dan dipenuhi berkat serta keredhaan...amin..

Read more...

18 September 2008

17 RaMaDHaN 1429

harini aku rase penat sgt..da la xbende nk sahurkan..terpkse la minum air sikit je..mase buke
pun xde la mkn byk mane pun..pastu ulang alik jamiah,beli barang masak
tuk iftor n9 lg..turn aku masak lg smlm..mmg lth die xsame la ngn ari lain..rupe-rupenye
semua keletihan aku yg teramat sgt tu ade nk suh aku mengingatkan kot peristiwa
yg sering umat islam lupekan iaitu PEPERANGAN BADAR KUBRA..mgkin aku letih sgt2 dan keluhan aku tu supaya memikirkan sahabat2 dulu patutnye lebih utama tuk mengeluh drpd
aku yg sekecil zarah yg mgkin tak nmpk..jd mari kite same2 memperingati peristiwa peperangan BADAR KUBRA ini...yang mana merupakan titik mule islam ketika itu...jikalau kalahnye islam...adakah kite mungkin menganut agama islam atau tidak?ALLAHUA'LAM...

PEPERANGAN BADAR AL-KUBRA - 2HIJRAH
Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

itulah serbe sedikit info ttg peperangan tersebut..marilah kite same2 mmperingati dan berdoa byk2 agr kite dimasukkan ke dalam golongan HUBBINNABI...aminn...

Read more...

01 September 2008

AhLaN RaMaDhAn Al-MuBaRak

sempena kedatangan syawal yg mulia ini..aku ingin mengucapkan kepada seluruh ummat islam didunia ini SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..moga2 perbanyakkan amalan baik,bacaan Al-quran,tarawih pun jgn mls2 ye,dan sebagainya..moga2 amalan kita diterima..amiin..puase jangan xpuase tau..

Read more...

14 August 2008

NisFu SyaAbAn


kite semakin hampir menuju ke marhalah ke dua dalam bulan yg kite cintai.. pertengahan
antara dua syaaban itulah dinamakan nisfu syaaban..mungkin byk khilaf ataupun

kesangsian ttg bidaah ke..mahupun sahih atau tidak.. wlu bagaimanapun bg tidak
menyentuh mane2 pihak....atau melage2kan..
kite sebagai umat islam..seharusnye
menambahkan amalan kite..segala perkara yg baik..adalah diterima
syarak..xperlu
nantikan bulan syaaban je untuk beramal..jd klu kite perkayakan amalan kite mahupun

pada mlm nisfu syaaban ..mahukan berjemaah untuk mengajak rakan2 lain
menambahkan
ibadat mereka kepada tuhan...apelah slahnye bukan..adakah tuhan tidak suke kite
berbuat
demikian?lagi2 kite didalam bulan yg dirahmati..jesteru itu..marilah kite pergandekan
amalan kite
untuk untuk diri kite,masyarakat dan agama kite..agar kite dihisab dgn
kebaikan...
jd tiade slhnye kite menyambut mlm itu..atau pun mlm2 lain dgn bacaan
yasin ke..semua
akan dihisab...melainkan kite berpesta mahupun berdangdut..itu
bukan setakat bidaah besar..itulah
sultan segala maksiat..

Malam Nisfu Syaaban
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam
yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling
mustajab dan penuh rahmat.

antara amalan2 yg disyorkan...nak wt lain pun xpe..perkara yg baik..akan dipandang baik...
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin
tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca
Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan

memohon panjang umur
, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar
dijauhkan dari bala
dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.
Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir
dan Al Quran.

Read more...

03 August 2008

AhLan WaHaI SyaAbAn

masih belum terlambat lgi tuk diriku ini mengucapkan selamat dtg wahai syaaban yg dikasihi..
setelah kian lame ku tggu akhir berkunjung tiba wahai dikau yg disygi..lebih2 lg dibulan ogos juge yg ku tunggu2 gak..

sempene bulan baik yg dihadiahkan kepada baginda kite...byk kelebihan yg xrugi klu kite amalkan dlam bulan ni..sbb tu la aku tggu sgt bulan ni...wlupun aku ni sering lalai dan leka dgn arus dunia
yg xmampu tuk diriku menongkahi...hehe..
antara kelebihan syaaban ni :
-Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
-Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga.
-Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga.
-dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
-Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga.
-Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban

tulah antarenye...aku xamik tahkiq mane2 lau nk tau aku naqal hadis mane ni..tye la aku..
yg penting aku bukan wat bidaah pun..(slunye yg tye pasal sanad,bidaah ni puak tuuuttt..hehe)
lgipun tu bende baikkan..abis la semue keje nk kene naqal je,letih la pulak..abis pakcik tua jual kopok pun jd hakim nt..hehe.poyo la pulak..hehe..PENDAPAT aku la..mafi rad alayya..hehe

moralnye : xnantikan ganjaran baru nk wat amalkan..ape yg kite rase baik di mate kite dan org lain..teruskan la..asalkan tak bercanggah sudah..yg penting ati bersih dan ikhlas dlm amalan k..
- bg yg xpose ganti tu beringat sikit..termasuk yg balik msia ngn aku ritu sekali tu..rukhsah2 jugak..ganti tetap beb..hehe

Read more...

18 July 2008

PeRisTiwA HaRi JUmaAt

sempena hari jumaat yg mulia ini...kadang2 ramai yg xbape tau tentang peristiwa dan sejarah yg berlaku pada penghulu ari iaitu jumaat nilah..
jadi kadang2 blog ni sebagai wasilah kite tuk menyampaikan pengetahuan,dakwah,kesedaran dan sbgainya.tu dr sudut yg bek la.tp dr sudut yg xbek nye..blog jugak boleh dtgkan fitnah mahupun dakyah2 tuk sebarkan supaya org terpengaruh..jd bende tu semua kompem kite xmesti x xdpt nk elak la kan...kadang2 kite terjerat kadang2 kite terlepas..pokok panggalnye dek kite lah menentukan yg mane baik dan yg mane gak yg buruk...

antara peristiwa yg berlaku pada ari jumaat ni ialah :

1. Pernikahan antara Adam dan hawa
2. Pernikahan antara yusof dan zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib a.s
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara nabi sulaiman a.s dengan Ratu balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan fatimah az-zahra

jd nmpak la kite di antaranye..sebenarnye banyak lg la..cube tak tercari je..jd ape yg kite nmpak kat sini adelah "nikah"....hehe
elok sgtlah tu pada usia macma kite ni nikah cepat2 sebelum berlaku fitnah durjana mahupun maksiat yg terlebih muatan...kite manusia bukanlah malaikat..jd wat la perkara sunat tu cecepat yek.

*saranan jabatan alam sekitar dan kesihatan...hehe

Read more...

ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO