20 November 2009

SeMbAhYaNg

Sekiranya masih sempat untuk menunaikan solat, ayuh mari kita menunaikan solat selagi masa kepunyaan kita. Realiti zaman sekarang, makin ramai manusia yang sudah melupakan adat dan hukum-hukum Islam, kerana berlandaskan hawa nafsu sebagai ikutan.


kenapa pentingnya solat, solat itu tiang agama, solat itu tiang agama, kenape ia tiang agama? klu runtuhlah satu tiang, berkemungkinan robohlah sebuah rumah walau sekecil mana pun. apakah fungsi solat? sesungguhnya solat itu yang akan mencegah seseorang itu untuk melakukan keburukan dan kemungkaran..sebab itulah ianya dinamakan kepala kepada semua ibadat.

adakah dengan tidak dapat menghindarkan melakukan maksiat terus meninggal solat, adalah salah tanggapan sedemikian, mungkin berlaku kecacatan di dalam melakukan solat..tp bukannya untuk ditinggalkan.

klu kita perhatikan kita sebagai umat akhir zaman ini, ramai orang yang hanya mengganggap ianya sebagai satu kewajipan yang wajib untuk dilakukan sahaja. sekiranya demikian, sembahyangnya itu seolah-olah hanya mencukupi syarat dan sah dipandangan umum tanpa memasukkan elemen taat, sabar, khusyuk di dalam melakukan solat. Adakah ini sahaja tujuan disyariatkan solat.

Adalah yang lebih malangnya lagi, bagi mereka yang meninggalkan solat secara sengaja dan tidak sedikit pun serba salah akan kewajipan yang patut dan wajib dilakukan. Tidak ada raut wajah yang hampa sekiranya waktu solat itu telah lepas, qada ke atasnya membuatkan mereka jahil akan kewajipan tersebut. Apakah puncanya? kenapa seharusnya berlaku perkara yang demikian? dimanakah harus diterapkan sifat bersolat ini? adakah kita tidak rasa serba salah meninggalkan solat?arrgh, inilah umat akhir zaman yang dipendekkan umur, supaya tidak terlalu banyak menambah beratkan neraca dosa. Ya ALLAH, ampunilah dosa kami Ya ALLAH.

Kenapa susah nk faham nak buku ni? kenapa apa yang dibaca ni asyik lupa je? kenapalah keputusan xbagus je ni? kenapa dan kenapa? lalu mempertikaikan apa yang ALLAH telah diberikan tetapi tidak langsung mempertikai apa yang kita telah lakukan.

setitik demi setitik titik-titik hitam melekat ke dalam hati yang suci bersih, apabila sudah hitam, jadi payahlah mendapatkan sinarnya kembali. sebab itulah semua yang dilakukan serba tidak jadi. Apakah penawarnya? solat, berdoa, berzikir, meminta keampunan, melakukan kebaikan...

Apabila sudah malas mengadap Tuhan yang Maha Esa ini, bilakah masanya kita berdoa, bilakah masanya kita menunaikan Hak ALLAH..jadi sepatutnya kita bukanlah menyalahkan, tapi dipersalahkan.

ayuhlah bersama-sama memberi peringatan kepada adik-adik, abang-abang, pakcik makcik, sadare-mara, kawan-kawan betapa pentingnya solat itu. kerana solat itu tiang agama.

" SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN "

amatlah perit dan kesalnya pabila masa itu sudah pergi tanpa meninggalkan sedikit pun amalan walaupun sebesar zarah, tetapi amat malangnya lagi sebeban dosa yang xlarat dipikulnya dibawa bekalan ke akhirat nanti..

tidak pandai berbicara, tetapi ingat- mengingati tanggungjawab bersama.
post signature

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO