24 June 2009

AhLan Ya ReJAb


harini 24 jun 2009 bersamaan 1 rejab 1430 hijrah merupakan langkah awal melatih kite memupuk semangat beribadah untuk menghampiri bulan ramadhan supaya kite melipat gandakan ibadah kita. tetapi tidaklah semestinya apabila nantikan rejab barulah hendak berbuat baik..xgitu? bulan rejab banyak kelebihannya dan" sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan org itu" . antara kelebihan bulan Rejab yang dijanjikan Allah pahalanya ialah :

  • Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
  • Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:
  • Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
  • Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
  • Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

antara kelebihannya lagi :
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
    • Diampunkan dosanya yang lalu.
    • Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
    • Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. klau aku tuliskan lagi kelebihannya..nescaya xkan abis kelebihannya..jadi amatlah rugi jikalau kita sia-siakannya dengan perkara yang lagho..jesteru itu, marilah kite menyemarakkan lagi bulan Rejab dengan amal ibadah disamping mengajak org lain turut menyemarakkannya.. amal untuk saham akhirat kita nanti, tidak merugikan kita jikalau susah dan letih..
post signature

3 comments:

Mr. Janggel Wednesday, June 24, 2009  

Selamat menyambut Blan Rejab!!!~

nadia rusli Wednesday, June 24, 2009  

bagusnya post ni dpt beri peringatan...syukran~

hiroshi,  Wednesday, June 24, 2009  

eh ade org 2 pose ke?

Post a Comment


ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO