26 November 2008

ToKoH : SyEiKh MAHMUD SAID MAMDUH

Beliau merupakan seorang ulama’ terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952. Bermazhab Syafi’i dan berpegang dengan aqidah yang digariskan oleh Imam Abu Hasan al Asy’ari. Beliau juga adalah seorang ulama’ Ahli Sunnah pada hari ini yang banyak mempertahankan aqidah Ahli Sunnah dari serangan musuh-musuh.

Beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan telah mempelajari ilmu syariat dari ramai ulama’. Di antara gurunya yang terkenal ialah:


1. Syeikh Muhammad Isa ibn Yasin al Fadani.

2. Sayyid Abdullah ibn al Siddiq al Ghumari

3. Sayyid Abdul Aziz ibn al Siddiq al Ghumari

4. Syeikh Ismail Uthman Zain al Makki

5. Syeikh Abdullah Sa’id al Lahji

Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan telah berjaya menulis lebih dari 30 buah kitab. Di antara karyanya yang terpenting ialah:

1. Tasynif al Asma’ bi Syuyukh al Ijazah wa al Sama’

2. Wusul al Tahani bi Ithbat Sunniyyah al Subhah wa al Rad ‘ala al Albani

3. Tanbih al Muslim fi Difa’ ‘an Sohih Muslim

4. Raf’u al Minarah bi Takhrij Ahadith al Tawassul wa al Ziarah

5. Al Ta’rif bi Auham man Qassama al Sunnah ila Sohih wa Dhaif (6 jilid).

Kitab ini menunjukkan kepakaran beliau yang tinggi dalam bidang hadith.

6. Al Ihtifal bi Ma’rifah al Ruwah al Thiqaat allazi laisu fi Tahzib al Kamal (4 jilid)

7. Kafsy al Sutur ‘amma Usykila min Ahkam al Qubur

8. Ghayah al Tabjil wa Tark al Qat’ fi al Tafdhil

Ketika belajar dengan Syeikh Muhammad Yasin al Fadani, beliau menjadi murid istimewa gurunya itu. Apabila mengajar, Syeikh Yaasin al Fadani pasti akan menyuruh beliau duduk di sebelah kanannya. Atas kepercayaan gurunya itu, beliau telah dilantik menjadi khalifahnya di Mesir.

Keintelektualannya terutamanya dalam bidang hadith mendapat perhatian dan pujian dari ramai ulama’ besar dunia Islam. Seorang ulama’ yang tidak asing dalam dunia Islam, Sayyid Abdullah al Siddiq al Ghumari menyatakan bahawa Syeikh Mahmud Said Mamduh telah menyelam dalam lautan hadith melalui jalan ahli hadith.

Bahkan, ramai di kalangan ulama’ mutakhirin yang sentiasa menasihati murid-murid mereka supaya membaca kitab penulisan beliau. Di antara mereka ialah Habib Umar ibn Salim al Hafiz. Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki sering menjadikan kitab beliau sebagai rujukan kerana kepakarannya dalam bidang hadith.

Beliau juga dianggap sebagai seorang mutafannin pada zaman ini kerana penguasaan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu. Kitabnya menjadi hujjah pada zaman ini. Sebagai seorang yang meletakkan dirinya sebagai khadam hadith Nabi saw dan ahli bait, beliau amat mencintai dan kuat mempertahankan ahli bait Rasulullah saw.

0 comments:

Post a Comment


ShoutMix chat widget

World Followers

World From

World Banners

<<- selamat datang ke mysite hiroshinariworld.blogspot.com..selamat berjumpa lagi->>

  ©Template by Dicas Blogger.

TOPO